My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 29, 2011

Soto Ayam


malam tadi, tengah mengemas gobok2 kat dapur...terpandang bungkusan ketupat nasi adabi, hmmm..sedap ni kalau masak untuk sarapan pagi esok..mulalah pasang angan2 untuk merebus ketupat tu. kacang goreng dah ada kat dalam esbok..leh buat kuah kacang. alih2 si kecik meragam...huhu, lastnya pagi tadi bekfes ngan roti sapu jem nenas.

apa aku nak buat ngan ketupat ni ya..melilau otak aku memikirkannya, akhirnya...soto ayam!!! yesss..lama dah tak makan sup ni..elok jugak. dalam esbok cuma ada ikan je..aduhhh, malasnya nak ke pasar...cari mood dulu..

selongkar dapur..cari rempah2, ok..cukup bahan untuk soto ni..oklah, projek jalan..ayam jap lg ler g pasar. sementara menunggu waktu aku merebus ketupat, sambil2 tu rebus kentang untuk begedil..blend cili untuk kicap..semuanya dah ready, tggu ayam je...

jom kita layan resipi Diana dari myresipi.com. namun macam biasa...aku ni bab meng'edit', hehehe...

SOTO AYAM (12 orang)

6 bungkus longong ADABI yang telah dimasak
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar - aku x letak, xde stok
2 sudu teh serbuk jintan halus - ganti ngan rempah kurma
2 sudu teh serbuk lada putih - x letak pun
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik - yg ni pun x letak juga
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Bahan untuk sambal kicap
5 biji cili merah
20 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis

- kisar semua bahan, sedia untuk dihidangkan

Bahan hiasan
bergedil
tauge yang telah dicelur
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam yang telah disiat-siat

Cara-cara
- Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkuas yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak. Keluarkan ayam, siat-siaatkan..tulang2 dimasukkan semula ke dalam sup tadi. Hidangkan bersama dengan bergedil dan sambal kicap. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng


Bergedil sempoi...
kentang - direbus n blend halus
daun sup - di hiris halus
karot - di racik2
bawang besar - potong halus
cili merah - potong halus
ayam - rebus dan di cincang halus
sebiji telur
sedikit garam
tepung jagung dan tepung gandum - untuk memekatkannya

- semua bahan dicampur, gaul sebati dan letakkan dalam peti sejuk 15minit. panaskan minyak dan goreng seperti menggoreng cekodok...


Tuesday, June 28, 2011

Donut




aku ni memang tabik spring ngan tuan punya resipi ni...selama ni dah berpuluh resipi donut aku try tp donut aku tak pernah menjadi. heran..ngape tgk gambar yang dorang tempek tu cantik je..agaknya aku ni tak pandai menguli kot. dorang kata..membuat donut ni kena main ngan tepung bknnya mcm menguli roti..huhu, macam-macam..aku sendiri pun tak tau macamana main ngan tepung tu..

ni kali kedua aku try resipi ni..alhamdulillah, gembira tak terkata..donut aku kembang semangkuk, gebusss n sedappp..masa nak menggoreng donut..pastikan minyak betul-betul panas n gunakan api yang slow je. semasa menggoreng tu..balik-balikkan sehingga warna kuning keemasan...

jom kita mendonut..resipi di kutip dari blog Azlita, tqvm. Minta izin nak cnp..

Donut Ball (resipi asal: DayangJack)

2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.


Sunday, June 26, 2011

Puding Gula Hangus



entri kali ni..bukannya hasil tangan aku sepenuhnya, aku cuma tulun2 siapkan mana2 yang patut je. alkisahnya, kawan lama zaman sekolah aku yg masak ni..maklumlah, setelah berbelas tahun terpisah akhirnya kami bertemu kembali..berjiran pulak tu. apalagi, kecoh ler..buka cerita masing2. dari dulu sampai kini, dia tetap kecoh bercerita, masih sama cuma badan je sedikit mengembang..yalah, dah beranak 5 rupanya.

sebelum ni aku pernah buat puding gula hangus ni, tp yang ni kita layan versi kawanku ni pulak..senang je.



PUDING GULA HANGUS

2 senduk gula - masukkan dalam loyang dan masak atas api perlahan, kacau sehingga gula tersebut berubah warna perang dan padamkan api..biarkan seketika.

panaskan periuk kukus..

1 tin susu cair
1 tin telur (gunakan tin susu tadi - anggaran 7 biji telur)
- kedua bahan ini dipukul sebati
- tuangkan dalam acuan berisi gula perang tadi
- kukus sehingga masak
- sejukkan
- enak di makan ketika cuaca panas

senang je..pejam mata pun buleh buat ni...SELAMAT MENCUBA

Wednesday, June 22, 2011

Kerabu Tomato Ikan Bilis



Sedapppp....mudah dan ringkas. Menu kali ni merupakan menu sihat..fresh tp awas, jangan makan tomato berlebihan nnt meningkat asid urik dalam badan. Apa tu??? Hmmm...kena tny mr google tu...

Terpikat dengan n3 di blog Noorsha Dhira Darwish memanggil2 untuk aku siapkan kerabu tomato kali. Ikan bilis goreng memang dah tersedia menunggu untuk di tumbuk je.Tapi...memang aku ni gemar menjadi penderhaka..jus limau ku ganti dengan cuka...stok limau dah abis daaa. Apa pun, resipi ni memang mabeles..aku sukaaaa..

Jom, kita tengok resipi, cnp dr blog Noorsha..

RESIPI KERABU TOMATO & IKAN BILIS


Bahan-bahan
2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
1/2 biji bwg besar - dihiris
3-4 biji chili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
1 btg serai - dihiris - aku x letak pun
1 batang bunga kantan -aku x letak juga
garam
gula
jus lemon - optional (aku tukarkan dengan cuka)
pak aji - klu suka - yg ni aku x suka

Cara-cara
Hiris tomato dan buang empulurnya. Rendam seketika dalam air sejuk lebih kurang 5 minit.
Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
Dah siap! bleh la dihidang

Bubur Biji Nangka



guruh dah berbunyi di atas sana..hujan2 ni memang sedap mkn bubur.
ni memang peberet aku...tapi versi hari ni aku amik dari blog cik ita masam manis...tqvm, walaupun aku dah sedikit menderhaka kat resipi..alhamdulillah jadi jugak..kebiasaannya aku memang x sukat, main campak2 je..mcm yg mak buat.

yg ni dibuat khusus untuk buah hatiku berbuka puasa...besar hatiku menerima respon darinya..jom kita tgk resipi, copy n paste je dr blog cik ita masam manis


BUBUR BIJI NANGKA

Bahan Untuk Biji Nangka
1 cawan tepung pulut
secubit garam
100 ml air pandan kalau kurang boleh tambah
sedikit pewarna hijau

Ulikan tepung pulut dgn air pandan hingga sebati. titiskan sedikit pewarna hijau dan sebatikan hingga menjadi doh. Kemudian bentukan bebola kecil bujur seperti biji nangka. sementara itu jerang air hingga didih. setelah didih masukkan biji nangka tadi. ia akan terapung bila masak. Angkat dan masukkan dalam air dari peti ais. Biar seketika.

Untuk Kuah
3 ulas isi nangka - dipotong memanjang (yg ni aku x letak..xde stok)
2 cawan santan pekat
secubit garam
125 gm gula pasir
3 helai daun pandan disimpul
500 ml air
(utk memekatkan kuah aku tambahkan sedikit tepung sagu)

Masak santan, air dan daun pandan. Kacau perlahan2 dan masukkan gula dan secubit garam. Biar hingga kuah mendidih. Masukkan biji nangka dan biarkan sebentar. Tutup api dan masukkan hirisan nangka. siap untuk dihidangkan.

Monday, June 20, 2011

Amboonn



kuih ni satu ketika dulu amatlah aku suka sebab kalernya yg kalerful..hingga kini pun aku menyukainya sbb ianya mudah utk disediakan..lg pun anak2 aku suka mkn ni..

alkisahnya semalamkan hari bapa..so aku xde buat apa2 pun utk celebratenya, lgpun si bapa kat umah ni xde..org bercuti dia berkursus,dah tugas..apa nak buat!!!! plan nak buat semalam tp di sbbkanpenyakit 'M' datang melanda...maka kejadian ambon ni berlaku hari ni..so kita layanzzz resipi..

AMBON

Loyang 8"
4 biji telur
100 gm tepung halus
2 st baking powder
110gm gula halus
2 st ovallette
40 ml susu segar
40 ml minyak masak
2 st esen ros
pewarna

caranya:
panaskan pengukus
pukul telur dan gula bersama ovalette sehingga kembang gebu. masukkan tepung yang diayak bersama baking powder, pukul lagi
masukkan minyak masak, susu dan kacau sebati, masukkan esen dan pewarna..kacau
sapu loyang dengan minyak,letakkan dalam acuan dan kukus selama 30 minit.
sesuai untuk minum petang

Monday, June 13, 2011

NASI ARAB aka NASI DAGING



salam...ni bukannya resipi aku hari ni..hehe, biasalah n3 tertangguh..masak,snap n simpan, ada masa..upload. dah lama teringin nak memasak nasi ni tapi almaklumlah..nak kena cari semangat yang betul2 kental untuk membuatnya, bukannya sebab susah tapi nak menyediakan bahan yg betul2 cukup tu yang perit sikit..

ni adalah first time aku masak nasi ni, bila tengok kekawan masak nampak cantik je, dah tu macam sedap sangat...tapi memang sedap pun!!! jom kita layan resipi yang aku cilok dari MyResipi.com..tqvm

NASI DAGING

1 kg beras basmati - basuh dan toskan
1/2 kg daging
1 pkt rempah bunjut adabi
1 sb rempah kurma
(3 bahan ni direbus bersama sedikit garam sampai empuk)
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1/2 cawan tomato sup (aku guna sauce tomato de monte je)
1 cwn susu cair
mentega/minyak sapi
sedikit garam

Caranya:
tumiskan halia yg ditumbuk halus bersama dengan kulit kayu manis dan buah pelaga sampai naik bau. masukkan beras dan kacau sekejap. selepas tu masukkan air rebusan daging tadi secukupnya (anggaran 1 cawan beras, 1 cawan air), biarkan seketika..bila beras dah kembang masukkan tomato dan susu cair..kacaukan, tutup periuk dan biarkan masak

p/s: sedap dimakan bersama air asam, kuah dalca dan acar timun...

Sunday, June 5, 2011

APAM DOT DOT



Ni sebenarnya n3 tertunda...apam ni aku wat petang smlm untuk minum petang. teruja dengan n3 rakan-rakan pasal apam ni..warnanya yang menyerlah ditambah dengan dot dotnya..

so petang semalam, dengan nekad aku meluangkan masa untuk menyiapkannya. dah pecahkan telur, masukkan gula..mencari baking powder, alamak..xdelah pulak!!! so resepi diubahsuai lagi, aku masukkan tepung naik sendiri..nasib baik jadi.

untuk filling pula..xde perisa strawberry, blueberry so aku memandai lagi..ambik nutella jadikan filling. anak2 apalagi..suka, inti coklat..hihi

nak buat dot dot pulak satu masalah, camne dorang ni buat ya..hentamlah, nampaknya kena berguru lagi ni..x jadi dot dotnya. nway..sedap n puashati.




RESIPI APAM DOT DOT
Resipi Asal: Lilydvalley,myresipi


Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry @ apa2 filling yg disukai secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna


Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.


NOTE:
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.