My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 30, 2011

PUDING KARAMEL


puding ni memang femes time bulan puasa..lagi 2 bulan Ramadhan akan menjengah kita, InsyaAllah.resipi ni aku cedok dari laman web resipi kegemaran aku..apalagi kalau bukan MyResipi.com. (tuanpunya resipi ni aku lupa nak catit nama dia)


idea membuat puding ni hasil dari seorang kawan. sebenarnya dalam esbox kat rumah aku ni bnyk kuning telur..anak sulung aku tu penggemar telur, pagi petang makan nasi itu ler lauknya, telur ngan kicap..tapi telur putih sahaja. kadang tu..kuning telur tu kering macam tu je dlm esbox..gambar yang aku tayang ni setelah aku ubahsuai resipi tu..apapun, ni resipi asalnya

PUDING KARAMEL (untuk 2 orang makan)

2 sudu besar gula - masak sampai perang, tak perlu tambah air
1 gelas susu segar ataupun susu cair
1 sudu besar susu pekat (optional)
2 biji telur (aku guna telur kuning je - lembik sikit jadinya)
aku letak esen vanila sedikit untuk menambah aroma

gula yang telah perang tadi dituang kedalam acuan. panaskan periuk kukus. susu dan telur diadun perlahan2 sehingga sebati, tak perlu pukul kembang kerana ini akan menyebabkan lubang2 terbentuk.
tuangkan adunan telur dan susu tadi kedalam loyang berisi gula perang. kukus 20-30min. sejukkan.

p/s; ni komen pasal model aku kat atas tu ya...
1. aku tmbh air setelah gula tu jadi perang - memadai dengan gula sahaja, x perlu tambah air
2. aku guna kuning telur sahaja, so kuantiti telur aku bertambah tapi texturenya lembik sedikit
3. aku tambah esen vanila untuk menaikkan aroma dan menghilangkan bau hanyir telur

apapun, boleh cuba..memang sedap, rasanya xlah manis sangat.

PANCAKE


aku minat ni...sedap betul dimakan bersama dengan madu ataupun jem. resipi ni aku cilok hakmilik chemanis dalam myresipi.com..anyway, thanks..sedap.

AMERICAN SOFT PANCAKE (inspired by Jamie Oliver)

3 biji telur - Gred A (asingkan putih & kuning)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
Cara-cara

Asingkan telur putih dan kuning.
Campurkan kuning telur, tepung gandum, susu segar dan baking powder. Kacau hinggga sebati untuk menjadikan adunan pekat dan tidak bergentel.
Pukul putih telur bersama secubit garam sehingga kembang.
Kaupbalikkan putih telur dan campuran tepung sehingga sebati.
Panaskan non-stick pan dengan api kecil. Sapukan sedikit minyak dengan menggunakan kitchen paper.
Masukkan sesenduk adunan dan ratakan.
Apabila adunan tadi kelihatan berlubang-lubang, bolehlah dibalikkan.
Biarkan sehingga keperangan.. Tadaaaa... dah siap untuk dihidang bersama butter, maple syrup, honey, jam atau ape2 yg anda suke..

CEKODOK PISANG


satu lagi produk dari pisang. ada lebihan pisang yang dah masak ranum tu..kupas kulit n blendkan. gaulkan dengan tepung gandum dan sedikit garam. jangan letak air..memadai dengan pisang tadi je. letakkan sedikit soda bicarbonat. biarkan seketika lebih kurang setengah jam..then goreng. rasanya semua orang tau buat cekodok pisang ni. sedap dimakan panas bersama kopi o/tea o panas...jamu mata ya

UDANG 3 RASA


nak kata peberet aku..xlah minat sangat dengan udang ni, tapi boleh lah kalau kena cara masaknya. resipi ni aku jumpa kat myresipi.com, tapi biasalah bab2 mengubahsuai ni memang kerja aku..so sama tapi x serupa..aku tayang kat sini versi yang telah dimodified..hmm, ni dah jadi resipi aku lah ya..

UDANG 3 RASA

300 gm udang sederhana
2 ulas bawang putih - tumbuk kasar
2 biji bawang besar - satu dipotong dadu dan satu lagi dipotong bulat
2-3 biji cili padi - tumbuk kasar
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
2 helai daun limau purut
sedikit air
cili merah dan daun bawang untuk hiasan (aku x letak-xde stok)
sedikit garam
minyak

gaulkan udang dengan sedikit garam, dan goreng seketika (2 minit)- ketepikan
tumis bawang putih, cili padi dan bawang besar yang dipotong dadu tadi sehingga naik bau. masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air, biarkan seketika. masukkan daun limau purut dan udang. hiaskan dan sedia untuk dihidang

PENGAT PISANG


hmmm..panas2 ni, kalau ada pengat pisang...sedapnya.bukan semua jenis pisang boleh dibuat pengat, yang boleh digoreng tu boleh ler dibuat pengat. kebiasaannya pisang nangka, pisang tanduk, pisang nipah dan entah apa2 lagi nama pisang. versi kali ni..aku gunakan pisang nangka.


PENGAT PISANG

4-5 biji pisang nangka, buang kulit dan potong mengikut size yang dikehendaki
3-4 cawan santan
1 keping gula melaka
1 cawan air
segenggam biji sagu (basuh dan rendam sekejap)
gula secukup rasa
secubit garam
daun pandan

pisang yang telah dipotong tadi di rebus dengan segelas air. masukkan santan,gula melaka dan gula, garam serta biji sagu tadi. kacau sentiasa untuk mengelakkan santan berketul. setelah mendidih letakkan daun pandan, kacau seketika dan padamkan api. sedia untuk dihidang bersama minum petang

Sunday, May 29, 2011

CHE MEK MOLEK


ni satu lagi kuih tradisi negeri Kelantan. kuih yang diperbuat dari ubi keledek dengan inti gula ditengah2...sedap dimakan ketika sederhana panas.teramatlah senang untuk membuatnya..biasanya aku buat kuih ni xde sukatan main agak2 je, jom...



CHE MEK MOLEK

2-3 ketul ubi keledek size sederhana - direbus sehingga empuk, kupaskan kulit arinya dan lenyek halus
2 cawan gandum
1-2 sudu besar mejerin
gula pasir sebagai inti
minyak untuk menggoreng


gaulkan ubi yang dilenyek tadi dengan majerin dan tepung gandum...tuang sikit2 tepung, sehingga mendapat doh yang lembut tetapi boleh dibentuk. bulat2kan anggaran size bola tenis..canai nipis 2-3mm dan buat lubang ditengah2. letakkan inti gula dan cantumkan. bentukkan menjadi sedikit lonjong..pastikan tiada lubang kelihatan.buat sehingga habis. panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga warna keemasan. sentiasa balik balikkan semasa menggoreng untuk mengelakkan masak sekata. perlu lebih berhati2 ketika mengendalikan kuih ni di dalam kuali..kuih ni lembut dan mudah pecah yang akan menyebabkan gulanya terkeluar

TART TELUR



yang ni my peberet...zmn2 bujang dulu..tiap kali g KLCC sure beli n g mkn kat tmn di situ..aduh sedapnya!! time tu asyik terfikir je..alangkah bestnya kalau dpt buat sendiri mende alah ni..hmmm, sekarang akan ku buktikan, usaha akan membuahkan hasil...puas hati makan, cubalah!!!


TART TELUR

200gm butter
80 gm gula icing
360gm tpg
1 bj telur
½ sk esen vanilla

Pukul butter dgn gula smp kembang, mskkan telur sikit demi sikit, msk esen kacau rata
Mskkan tepung dan uli jd doh. Ratakan ½ cm, terap dlm acuan. Cucuk dgn garpu. Bkr 10m suhu 180. mskkan filling, bkr lg 10m

Filling
1cwn susu cair
4 bj telur
1 cwn gula
1 cwn air
1sb tpg kastard
½ sk esen vanilla
Campurkan semua dan gaul sebati

SAMBAL TUMIS UDANG

masa aku kecik2 dulu, jumpa masakan udang ni teramatlah jarang..maklumlah, mahal dan aku bukannya dari kalangan orang berada. tapi, sekarang ni boleh dikatakan tiap kali aku ke pasar...sure x miss beli udang. udang dah murah ke? x jugakan....tapi dah xde pilihan lain..terpaksalah beli.

nak masak udang yang sedap...ada petua tau, aku pun lupa mana dapat petua ni. nway..perasan x kat belakang udang tu ada satu urat, jadi belah belakang n buang urat tu..kerana kandungan urat tu yang mengubah rasa udang..x caya??? apa pun..layan resipi kali ni (peberet my hubby)


SAMBAL TUMIS UDANG

300 gm udang sederhana
1 biji bwg besar *
2 ulas bawang putih *
5 sudu besar cili kering yang telah di blend - basuh
sedikit belacan * (kalau suka)
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
1 biji bawang besar - potong bulat
sedikit garam, gula dan serbuk kunyit
minyak untuk menumis

udang digaul dengan sedikit garam dan kunyit, goreng sekejap.
panaskan minyak, tumis bahan kisar (bertanda *), letakkan cili kering...tumis sehingga masak ataupun naik minyak. masukkan gula..biarkan seketika. selepas tu dimasukkan air asam jawa, kacau rata sehingga agak2 kering sedikit letak perasa...garam, ikut selera masing2 ya.
last sekali masukkan bawang yang dipotong bulat tadi bersama2 dengan udang..kacau rata, tada....dah siap, boleh dihidangkan.
nak masak ni sekejap je..tapi pastikan, tumis cili tu biar betul2 masak...ok

Saturday, May 28, 2011

APAM BERAS


ni satu lagi kuih tradisional yang menjadi kesukaan aku. menerjah fb Rozie Nor menarik perhatian aku kepada kuih ni..kebetulan pula masa pergi ke rumah mak ada kelapa muda..sesuai sangat untuk dibuat kuih..apa lagi, projek pun jalan...

kuih ni amat mengenyangkan kerana diperbuat dari tepung beras. kalau x abis dimakan boleh disimpan dalam esbox dan esoknya kukus semula..still lembut n sedap, dengan syarat belum lagi ditabur kelapa di atasnya. Jom..kita panaskan periuk kukus

APAM BERAS

2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1 cwn gula
2 cwn air
1 pkt yis mauripan

semua bhn di atas digaul sebati, perapkan selama 1 jam. letakkan dalam acuan, suka hati korang ler nak acuan apa pun...then kukus dalam 15-20min. gaulkan dengan kelapa yang dicampur sedikit garam. sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang...selamat mencuba

LAPIS SULTANA


resipi ni dapat kat MyResipi.com, memang banyak resipi kat situ..rajin n malas je. aku ni suker skodeng2 nak cari resipi yang senang dan x bnyk kerenah..nmpk menarik mcm sedap je itulah yang jadi pilihan.

biskut sultana lama dah belinya, hawflakes pun aku beli sama..tp keknya je x juga jadi2. kali ni sure..akan ku buat juga

pagi2 hari lagi aku dok kelentung2 kat dapur mengaduk adunan..mixer xde, hentam jelah janji projek aku jalan. Dan hasilnya...


LAPIS SULTANA

1 cwn mentega - 227 gm
2 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula
4 bj telur
1 camca teh esen vanila
1 paket kecil biskut sultana
hawflakes
pewarna

mentega dan gula dipukul sampai kembang, masukkan esen.
kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
masukkan gandum, adun sebati
bahagikan adunan kepada 2 warna..satu hijau dan satu lagi warna asal
letakkan dalam loyang selapis demi selapis diselang seli dengan biskut sultana dan hawflakes. kukus selama 40 hingga 50 minit.


LOMPANG










dah lama teringin nak makan kuih ni..tekak aku ni jenis tradisional. resipi dah dpt tp acuan plak xde. teringat kata my sis dia ada beli acuan ni kat kedai 2 hengget..so kebetulan ada masa aku pun terjah ler ke sana. ni dia..aku beli 2 paket, satu ada 12 pcs

resipi ni aku dapat dari kawan fb..thanks kak Rose Hanim..jom kita layan resipi ni..


LOMPANG

2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung sagu
1 cawan gula merah (masak dengan 2 cawan air - kalau nak manis lagi tambahkan sedikit gula)
2 cawan air
sedikit air kapur

gaulkan semua bahan di atas hingga sebati. letakkan dalam acuan hampir2 penuh dan kukus 20 min. hidangkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam

PUDING MARBLE




resipi ni aku dpt dari kawan lama...rasanya mmm..lembut, gebu n menyejukkan (kalau simpan dlm fridge), sedikit manis n lemak2. tengok kwn2 asyik post gmbr puding ni je kat fb mcm sedap sgt je rasanya. kali ni aku terpanggil untuk membuatnya. masa yg diperlukan sekejap je dan membuatnya pun bkn lah susah sgt..dlm kategori boleh try untuk org2 yg x punyai masa terluang. so di sini aku tayang resipinya...

PUDING MARBLE

3 keping roti (buang kerak)
1 tin susu cair
1/3 tin susu pekat
1 paket agar2 (20gm)
1/2 cwn gula
2 sudu besar majerin
2 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
31/2 cawan air

Blend roti, susu cair, susu pekat, telur, tepung kastard hingga sebati. Sambil2 tu masak agar2 dengan air dan gula hingga larut, masukkan bhn blend tadi, kacau hingga mendidih. masukkan majerin dan kacau lagi. Bahagikan kepada 3 bhg n warnakan. Tuang dalam acuan selapis demi selapis smp habis. Sejukkan.