My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 30, 2011

PUDING KARAMEL


puding ni memang femes time bulan puasa..lagi 2 bulan Ramadhan akan menjengah kita, InsyaAllah.resipi ni aku cedok dari laman web resipi kegemaran aku..apalagi kalau bukan MyResipi.com. (tuanpunya resipi ni aku lupa nak catit nama dia)


idea membuat puding ni hasil dari seorang kawan. sebenarnya dalam esbox kat rumah aku ni bnyk kuning telur..anak sulung aku tu penggemar telur, pagi petang makan nasi itu ler lauknya, telur ngan kicap..tapi telur putih sahaja. kadang tu..kuning telur tu kering macam tu je dlm esbox..gambar yang aku tayang ni setelah aku ubahsuai resipi tu..apapun, ni resipi asalnya

PUDING KARAMEL (untuk 2 orang makan)

2 sudu besar gula - masak sampai perang, tak perlu tambah air
1 gelas susu segar ataupun susu cair
1 sudu besar susu pekat (optional)
2 biji telur (aku guna telur kuning je - lembik sikit jadinya)
aku letak esen vanila sedikit untuk menambah aroma

gula yang telah perang tadi dituang kedalam acuan. panaskan periuk kukus. susu dan telur diadun perlahan2 sehingga sebati, tak perlu pukul kembang kerana ini akan menyebabkan lubang2 terbentuk.
tuangkan adunan telur dan susu tadi kedalam loyang berisi gula perang. kukus 20-30min. sejukkan.

p/s; ni komen pasal model aku kat atas tu ya...
1. aku tmbh air setelah gula tu jadi perang - memadai dengan gula sahaja, x perlu tambah air
2. aku guna kuning telur sahaja, so kuantiti telur aku bertambah tapi texturenya lembik sedikit
3. aku tambah esen vanila untuk menaikkan aroma dan menghilangkan bau hanyir telur

apapun, boleh cuba..memang sedap, rasanya xlah manis sangat.

No comments:

Post a Comment