My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 28, 2011

APAM BERAS


ni satu lagi kuih tradisional yang menjadi kesukaan aku. menerjah fb Rozie Nor menarik perhatian aku kepada kuih ni..kebetulan pula masa pergi ke rumah mak ada kelapa muda..sesuai sangat untuk dibuat kuih..apa lagi, projek pun jalan...

kuih ni amat mengenyangkan kerana diperbuat dari tepung beras. kalau x abis dimakan boleh disimpan dalam esbox dan esoknya kukus semula..still lembut n sedap, dengan syarat belum lagi ditabur kelapa di atasnya. Jom..kita panaskan periuk kukus

APAM BERAS

2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1 cwn gula
2 cwn air
1 pkt yis mauripan

semua bhn di atas digaul sebati, perapkan selama 1 jam. letakkan dalam acuan, suka hati korang ler nak acuan apa pun...then kukus dalam 15-20min. gaulkan dengan kelapa yang dicampur sedikit garam. sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang...selamat mencuba

No comments:

Post a Comment