My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 29, 2011

CHE MEK MOLEK


ni satu lagi kuih tradisi negeri Kelantan. kuih yang diperbuat dari ubi keledek dengan inti gula ditengah2...sedap dimakan ketika sederhana panas.teramatlah senang untuk membuatnya..biasanya aku buat kuih ni xde sukatan main agak2 je, jom...



CHE MEK MOLEK

2-3 ketul ubi keledek size sederhana - direbus sehingga empuk, kupaskan kulit arinya dan lenyek halus
2 cawan gandum
1-2 sudu besar mejerin
gula pasir sebagai inti
minyak untuk menggoreng


gaulkan ubi yang dilenyek tadi dengan majerin dan tepung gandum...tuang sikit2 tepung, sehingga mendapat doh yang lembut tetapi boleh dibentuk. bulat2kan anggaran size bola tenis..canai nipis 2-3mm dan buat lubang ditengah2. letakkan inti gula dan cantumkan. bentukkan menjadi sedikit lonjong..pastikan tiada lubang kelihatan.buat sehingga habis. panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga warna keemasan. sentiasa balik balikkan semasa menggoreng untuk mengelakkan masak sekata. perlu lebih berhati2 ketika mengendalikan kuih ni di dalam kuali..kuih ni lembut dan mudah pecah yang akan menyebabkan gulanya terkeluar

No comments:

Post a Comment