Saturday, December 24, 2011
Kuih Keria
Salam...sekarang ni musim hujan, merata2 tempat ada jual ubi...pelbagai jenis ubi ada..ubi kayu, keledek, ubi badak, ubi itik dan macam-macam jenis ubi.
Memandangkan keledek banyak kat rumah..rebus sudah, che mek molek sudah, goreng pun sudah..nak buat apa lagi ya...hmm,kuih keria lah...walaupun takut jugak nak buat kuih ni..bimbang time nak salut gula tu...tapi alhamdulillah...dah 2-3 kali buat takde masalah so ni baru nak tayang hasilnya.
Resipi ni ambik kat myresipi sumbangan syahmi..tq buat tuan punya resipi,minta izin untuk saya copy untuk rujukan teman-teman
KUIH KERIA (Anggaran 20biji saiz comel2)
500gm ubi keledek
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
1sudu besar majerin
3 sudu besar gula dan sedikit air
minyak untuk menggoreng
Caranya:
Rebus keledek dengan sedikit garam sehingga empuk dan toskan airnya. Lenyek sehingga hancur dan sejukkan. Setelah ubi tadi sejuk, masukkan tepung gandum dan majerin, uli sebati..buatkan bentuk gelang dan goreng.
Dalam kuali lain, masakkan gula dan sedikit air..didihkan gula hingga pekat. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Pastikan semua kuih terkena gula tadi. Kacau seketika sehingga nampak gula bertali dan tutup api. Teruskan mengacau sehingga gula kering dan kuih tidak melekat. Siap.
Labels:
Kuih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment