Thursday, November 24, 2011
Sago Bersantan..lemak2 manis
Sagoo..memang kegemaran aku..entah apa berhantunya sagu ni. Letak dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk...aduhhh, sedapnya!!!
Jomlah kita layan resipi mudah ni...
Sago Bersantan
1 cawan sago
3 cawan air
pewarna
- sago dibasuh dan rendam sekejap,didihkan air dan masukkan sago dan pewarna, kacau sehingga sago masak dan pekat. sejukkan.
Kuah Santan
2 cawan santan
6 sudu makan gula
1 sudu teh halba
sedikit garam
daun pandan
sedikit tepung beras( untuk pekatkan kuah)
- semua bahan dicampur, gaul sebati. masakkan atas api sederhana..sentiasa kacaukan untuk elakkan dari berketul sehingga kuah mendidih. sendukkan sago yang dimasak tadi menggunakan sudu ke dalam kuah..sedia untuk dimakan
Labels:
Pengat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment