nak masak udang yang sedap...ada petua tau, aku pun lupa mana dapat petua ni. nway..perasan x kat belakang udang tu ada satu urat, jadi belah belakang n buang urat tu..kerana kandungan urat tu yang mengubah rasa udang..x caya??? apa pun..layan resipi kali ni (peberet my hubby)
SAMBAL TUMIS UDANG
300 gm udang sederhana
1 biji bwg besar *
2 ulas bawang putih *
5 sudu besar cili kering yang telah di blend - basuh
sedikit belacan * (kalau suka)
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
1 biji bawang besar - potong bulat
sedikit garam, gula dan serbuk kunyit
minyak untuk menumis
udang digaul dengan sedikit garam dan kunyit, goreng sekejap.
panaskan minyak, tumis bahan kisar (bertanda *), letakkan cili kering...tumis sehingga masak ataupun naik minyak. masukkan gula..biarkan seketika. selepas tu dimasukkan air asam jawa, kacau rata sehingga agak2 kering sedikit letak perasa...garam, ikut selera masing2 ya.
last sekali masukkan bawang yang dipotong bulat tadi bersama2 dengan udang..kacau rata, tada....dah siap, boleh dihidangkan.
nak masak ni sekejap je..tapi pastikan, tumis cili tu biar betul2 masak...ok
No comments:
Post a Comment