My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 31, 2011

Puyuh Goreng Serai Berlada



Salam..Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki di bulan Ramadhan tahun ni..semoga kehadiran ramadhan kali ni lebih mendatangkan keberkatan dan kerahmatan dari Ilahi.

Puyuh??? Apa istimewanya puyuh ni...harga mahal tapi dagingnya bukannya banyak pun...nak kata sedap pun lebih kurang je ngan daging ayam tu..tapi aku suka sebab banyak tulang dari daging..hihi, sedap diratah begitu sahaja bila digoreng garing-garing. tapi kalau makan ngan nasi..leceh sket..tapi, boleh lah..

menu ni diadaptasi dari resipi mak mertuaku..kiranya resipi orang dulu-dulu lah ni. cuma kebiasaannya dia menggunakan ayam tapi aku tukarkan kepada puyuh.
jomlah..kita layan menu, penat wehh naip ari ni..



PUYUH GORENG SERAI BERLADA

4 ekor puyuh - dibelah 2 dan dilumurkan garam kunyit
2-3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
5-6 biji cili api (nak pedas lagi tambahkan cili)
2 batang serai
sedikit air
garam gula secukup rasa
minyak secukupnya

cara2nya
panaskan minyak, goreng puyuh tadi sehingga garing, ketepikan.
bawang putih, bwg merah dan cili api di kisar kasar...serai dititik
tumiskan bahan kisar tadi bersama2 serai sehingga naik bau, masukkan sedikit air. biarkan seketika dan masukkan puyuh yang digoreng tadi, bawang besar, garam dan gula. kacau balikkan sehingga sekata..hidangkan panas-panas

Thursday, July 28, 2011

Terung Goreng



buntu memikir nak masak hari-hari ni, tak tau dah menu nak di buat..tambah2 plak tak memandai sangat..balik2 menu sama je..

terung ada 3 biji dalam esbok..masak apa ee..terpandang satu rancangan kat tv, cakap bahasa cina, sepatah haram aku tak faham..tengok gambar je lah. terung yang dimasaknya tu cantik..kalernya masih lagi warna keunguan. so aku pun main agak2 je masak ni..janji sedap..



TERUNG GORENG

bahan:
3 biji terung
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
4-5 biji cili padi
1 biji cili merah/hijau - hiasan
1 sudu sos tiram
sedikit air
secubit garam, gula
minyak secukupnya

cara2nya:
terung dibelah 2 atau pun 4 kalau terung tu besar. rendam dalam air garam sekejap dan toskan. lap dengan menggunakan tuala/tisu. goreng terung sambil dibalik2kan sehingga agak layu sedikit. ketepikan.
bawang putih diketuk pecah2 bersama cili padi ditumis sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu..masukkan sos tiram,sedikit air dan letakkan garam gula..dan masukkan terung yang digoreng tadi. kacau seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, July 27, 2011

Garlic Bread



menu sihat untuk bekfes ni...aroma butter dengan bawang putih...hmmm, menambat kalbu. tak perlu dah susah2 nak gi pizza hut untuk dapatkan garlic bread..dah boleh buat sendiri, rasa pun not bad.



jom kita intai bahan2 yang di perlukan..

roti french - kalau tak de guna roti biasa pun boleh
butter

bawang putih - nak guna yg serbuk pun ok jugak, lagi senang
thyme untuk hiasan

simple je kan bahan-bahannya. nak buatnya pun senang gak...

kalau guna bawang putih yang ori, masukkan 4-5 ulas bawang yang telah dibasuh ke dalam microvave..panggang untuk 2 minit, semerbak baunya. tumbuk hancur dan buang kulitnya..cairkan butter dan gaulkan dengan bawang putih tadi (kalau buat banyak boleh simpan dalam peti ais, tahan untuk lbh kurang 2 minggu)...

sapukan garlic butter ni pada roti, taburkan thyme dan masukkan dalam microvave/oven..bakar sekejap, tada...dah siap garlic bread.



alternatif lain, kalau takde microvave/oven..leh juga guna toaster tu..tp jangan sapu butter banyak sangat..sapu nipis je, then toast roti tu..time dia panas2 tu sapu sekali lagi garlic butter..tabur thyme, leh makan dah..

cubalah...

Tuesday, July 26, 2011

Wajah - wajah Solehah








Laici Smoothie



terpikat dengan smoothie durian milik Noorsha, buih2nya yang memenuhi permukaan gelas...nampak mewah gitu. namun..rasanya tak sanggup untuk ku nikmati durian dalam bentuk air...huhu, tak minat. so..untuk menggantikannya ku olah dengan menggunakan laici...ok lah tu!!! menikmatinya di waktu cuaca panas ni..teramat ler menyamankan anak tekak..

moh ler kita minum...



LAICI SMOOTHIE

1 tin laici
1 cawan susu cair
4 sudu besar gula (terpulang ikut selera manis masing-masing)
1 mangkuk ais kiub
jelly

semua bahan di atas dicampurkan, blend semua sekali menggunakan air laici..tuangkan kedalam gelas, letakkan jelly yang dipotong kiub. sedia untuk dinikmati...yummy..


Sunday, July 17, 2011

Sup Ikan Merah


Berada di pantai timur ni..memang kaya dengan spesis ikan segar. sekali sekala dapat ikan merah, fuhh...sedapnya dibuat sup dan hirup panas-panas. daging ikan yang lemak-lemak lembut tu...amat menepati selera. tapi nak makan selalu...memang tak dapat ler, ikan ni punya ler mahal...

berkunjung ke LKIM tempohari..tertarik dengan ikan merah yang pelbagai saiz, pilih-pilih akhirnya sangkut ler dengan ikan merah yang seberat 600g, dan percaya tak..harganya cuma RM10 sahaja, ikan segar yang baru naik dari bot...jom la kita tengok resipi kali ni..

SUP IKAN MERAH
300 gm ikan merah
3 - 4 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - titikkan
1 biji tomato - belah 4
2 batang kulit kayu manis
1 biji buah keras
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada hitam
2-3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1-2 helai daun bay
1-2 sudu besar minyak masak
garam
daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

cara2:
tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, buah keras, buah pelaga, jintan manis, bunga cencgkih dan daun bay. masukkan air dan tunggu sampai mendidih. masukkan ikan dan tomato..biarkan 10 minit. letakkan garam secukup rasa. sedia untuk dihidang bersama-sama dengan hirisan daun sup dan bawang goreng

Asam Laksa



semalam laksam, hari ni laksa pulak..ni kes nak ngabis ikan rebus, esok nak cuti-cuti malaysia..



berkisah pada asam laksa ni, aku mula kenal makannya pada tahun 1996, time tu aku belajar kat Sungai Petani, Kedah...utagha semenanjung nun..sejak dari tu aku ni gemar sangat ngan asam laksa ni. bila dah kawin, dapat pulak MIL asal Penang...fuhh, tiap kali ada makan-makan kat umah, mesti ada asam laksa. tapi aku punya asam laksa tak ler seperti yang MIL buat, ntah ngape tak tau..rasanya apa yang dia buat dah aku ikut tapi tak sama jugak. ni kot yang dikatakan air tangan...

oklah..kita layan dulu...


ASAM LAKSA

1 bungkus laksa - direbus - aku guna laksa beras (kat pantai timur ni femes n ada di jual kat pasar)
1 kg ikan kembung atau ikan selayang - direbus bersama garam n asam keping
1 liter air
5 biji cili merah - dibuang biji dan dikisar - nak letak lebih pun tak pe
5 biji cili padi - dikisar - kalau suka pedas leh tambah
2 cm belacan - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
5 keping asam gelugur - lebihkan jika suka masam2
1 tangkai daun kesum - aku suka letak banyak2
garam secukup rasa


Rebus ikan dan ambil isinyer sahaja. Isi ikan tadi dihancurkan kasar2 sahaja. (ita ambil tulang ikan tu bersama air rebusan ikan tadi dan kisar halus kemudian tapis ambil airnyer sahaja. Air tu gunakan untuk dikisar bersama dgn bahan2 kisar....)

Masukkan air rebusa ikan dan isi ikan kedalam periuk. Kemudian masukkan bahan2 yg dikisar, asam gelugur dan daun kesum. Masak atau rebus bahan ini hingga kuah mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Biar sehingga kuah merenih dan boleh lah dihidangkan bersama bahan2 ulam- ulaman.

Saturday, July 16, 2011

LAKSAM...



semalam buat laksam..walaupun berlambak ada jual kat pasar tapi aku tekad juga nak membuatnya..bukan apa, sekadar mengimbau zaman aku kanak2 dulu..membantu mak menyiapkan laksam untuk jualan. time tu rasanya usia aku dalam 10 - 12 thn kot..dapur kat rumah mak masa tu dapur kayu..pedih berair2 mataku tatkala meniup api dapur terkena asap..tapi bab yang aku paling suka ialah menggulung laksam..hihi, suka sangat.mak kata kena tunggu dia sejuk sket baru gulung..nanti dia patah...

setelah sekian lama..ni ler aku akhirnya berazam untuk mengasah bakat yang dah berkarat tu semula..azam ni muncul setelah terdengar panggilan kak ita masam manis..terngiang2 kat telinga ni.. weei kelik weei...make laksam



pagi2 jumaat tu aku ke LKIM, dasat ni..mcm ler nak buat laksam utk kenduri..tup-tup beli ikan selayang 2kg je..RM5, murah..sbb tu aku ke situ. ikan pun fresh2..baru naik dari laut.

so..kita layan resipi ni..amik kat dapur kak ita, hahaha...malas ler nak naip smula..cnp jelah ya..tqvm kak ita n yani (my resipi)

LAKSAM

Laksa
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam


Gaulkan semua bahan-bahan.
Panaskan kukusan.
Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak utk mengelak dari melekat.
Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk.
Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan.
Biarkan sekejap sebelum digulung - supaya laksam kelihatan licin dan cantik.
Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak.
Ulang sampai habis



Kuah Laksam
Ikan -
boleh guna kembung, tamban atau tenggiri (direbus, dibuang tulang) ita guna 3 hiris ikan tenggiri
1 inc halia
3 ulas bwg putih
5 ulas bwg merah
1 sudu teh lada hitam
1 biji Santan
3-5 keping Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah atau gula pasir

kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.


Bahan Ulam
timun
kacang panjang
taugeh
daun kesum

Kesemua bahan di atas di hiris halus.




Bahan Cili
cili merah
belacan
garam
limau nipis atau limau kasturi

cili merah tumbuk dgn belacan, tambah garam sikit dan perahkan limau

Wednesday, July 13, 2011

Baked Macaroni Cheese




Salam..dah 4 hari ya kita berpuasa..sekejap je masa berlalu..moga2 dipanjangkan usia untuk terus berada di bulan penuh keberkatan ini.

hari ni kita layan resipi ala-ala barat sket...my hubby gemar amat ni..tambah2 lak ada masuk cheese.....asal usul resipi ni aku tak tau..tapi terima kasih tidak terhingga buat kak za (rakan fb), walaupun kenal di alam maya namun tak pernah kedekut ilmu..ok, jom masuk dapur...

BAKED MACARONI CHEESE
bahan2:
300 gm macaroni
100 gm isi ayam
4 - 5 biji telor
2-3 sudu besar serbuk kari
sedikit garam dan gula
1 tin susu cair
1 cwn air
2 labu bwng besar - potong dadu
1 sudu besar lada hitam tumbuk

caranya:
Makaroni rebus hingga masak dan toskan
tumis bwng dan lada hitam yg ditumbuk tadi sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk kari..kacau seketika, masukkan ayam, tunggu smpai air ayam kering
setelah itu masukkan makaroni, susu, air dan telor sebiji demi sebiji sehingga habis..biarkan gelegak dan terendam skjp...lepas tu masukkan dlm loyang 10x 10 ,taburkan mozarella cheese atau chedar cheese dan bakar 30 minit.


Makan dgn cili sos..sedap...

senangkan!! boleh cuba...

Chicken Chop Sandwich



assalamualaikum...dah 14 julai hari ni..bermakna lagi 1/2 bulan je kita akan mula melangkah ke bulan ramadhan, moga diberi kesempatan untuk menikmati keberkatannya..Aminn.

resipi yang aku nak tayang hari ni adalah menu untuk berbuka puasa semalam. dah abis fikir apa nak disediakan..lastly, memandangkan ada chicken chop segera kat dalam esbok..elok juga dipelbagaikan.

sedap, ringkas dan mudah untuk disediakan. sesuai sangat untuk sarapan pagi...makan satu memang tak cukup punya..



CHICKEN CHOP SANDWICH
6 keping roti sandwich - apa brand pun tak kisah (potong kulit tepi)
3 keping chicken chop
1 labu bawang besar- potong nipis
1 batang timun - racik halus
1 biji tomato - dadukan
1/2 biji epal merah -dadukan
5 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit mentega
minyak untuk menggoreng

caranya:
panaskan minyak, goreng chicken chop sehingga masak. potongkan menjadi jejari..
bawang besar, timun, tomato, epal digaul bersama mayonis, sos cili dan serbuk lada hitam. gaul sebati.
sapu mentega pada roti, letakkan salad mayonis tadi, susun jejari diatasnya dan seterusnya letakkan salad mayonis lagi. tutup dengan sekeping roti - macam buat sandwich biasa tu. potongkan dan sedia untuk dihidangkan...

Tuesday, July 12, 2011

Bubur Jagung



menu untuk berbuka puasa petang ni..bubur jagung. pagi2 lagi aku dah ready ngan jagung ni...sementara anak masih tidur. ni proses nak ngabiskan kelapa dalam esbok dan juga jagung yang dah mula kelihatan kekuningan kulitnya.




BUBUR JAGUNG

3-4 ketul jagung - amik isinya saja
500ml santan
3 ketul gula melaka (nak manis tambahkan gula pasir)
secubit garam
biji sago secukupnya
air secukupnya

cara2:
isi jagung direbus bersama dengan air dan sedikit garam sehingga empuk / lembut. masukkan santan, gula melaka dan kacau sentiasa sehingga mendidih. masukkan biji sago yang telah dibasuh dan biarkan seketika sehingga sago masak (jernih). sedia untuk dihidangkan panas atau sejuk.

Sunday, July 10, 2011

Char Kuetiaw



kuetiaw.. !!! memang berhantu nama ni bagi aku...sejak dari dulu lagi aku amat menggemarinya. mengimbau kenangan..aku mula kenal kuetiaw pada era 90an..time tu bila aku ke KL, my sis in law akan menggoreng kuetiaw dan tapau untuk aku bawa balik ke kg..hahaha, kelakarkan..punyalah jauh dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Apa yang menariknya..kuetiaw ni sedap dimakan panas-panas dan disertakan udang atau apa-apa je seafood, xde seafood ayam pun boleh jugak..pastu ditabur dengan bawang goreng..keriuk2 rasanya. ditambah pulak dengan telur mata kerbau separuh masak...fuhhh, sedappp!!!


haaa...dah melalut ni. last week melilau ke dapur noorsha, terpandang udang bergelimpangan dalam kuetiaw goreng cukup menggoda aku untuk me'mark'kan dalam kepala otak..harus ke pasar, beli kuetiaw..

udang dah ada, tauge, sawi, dan segala macam sos..yang penting sekali kuetiaw..jom, kita ke dapur..masak

RESIPI CHAR KUE TEOW UDANG
Sumber: CNP dari http://noorsha.blogspot.com

BAHAN²
Sebungkus kue teaw- basuh n toskan
5 biji bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
2sb sos cili
2sb sos tomato
2sb kicap manis
2sb kicap pekat
2 sb sos kue tiaw
1 cawan udang basah
sedikit sawi
sedikit daun kucai (tak letak pun)
sedikit taugeh
sedikit garam
gula
jika perlu 1 cawan air


care²
1.kisar bawang merah @ bawang besar, bawang putih dan cili kering.
2. panaskan minyak.tumis bahan² kisar
3. bile da garing, masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis, kicap pekat dan sos kue tiow.
4. masukkan udang basah, masak hingga udang kemerah²han
5. masukkan air, perasakan dengan sket garam kalo kurang masin n gule kalo suke
6. masukkan kue teow, taugeh, daun kucai,& sawi.
7. kacau kejap, jgn lame sangat, nanti air kering... biar basah² sket... trus tutup api..
8. hidang serta merta....

p/s: kalo suke char kue tiaw yg itam pekat, tambahla sket kicap pekat tu k.... tp yg ni pun dah ok kalernya.. terpulang pade citerase k

Tuesday, July 5, 2011

Muffin Pisang Coklat



semalam jalan2 kat rumah Izzah pencinta muffin, terpikat ngan MUFFIN PISANG INTI COKLAT..gebu dan menyelerakan. kat dapur aku pun ada sesikat pisang...try lah..

selongkar bahan..hmm, susu yilex...santan boleh kot!!! hehe..versi pendurhaka ler jwbnya.. jom layan resipi ni (tak sempat nak tulis panjang2, nak solat lak..)


(BEKAL NAK BAWA BLK BERA)

MUFFIN PISANG COKLAT

Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
200 gm pisang yang ranum
1\2 cawan minyak masak
2 biji telur
1\3 cawan susu segar (gantikan dengan santan)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanila
2 sudu besar serbuk coklat

Cara-caranya

1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.

2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu (santan) segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit,sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba

Nenas oh nenas



kat umah mak banyak nenas..saki baki jualan..yang ketot kementot..tukang ngabisnya akulah coz aku dekat ngan umah mak..biasanya aku makan gitu je, cicah garam gula ataupun rajin sket aku blend n jadikan jem..makan ngan roti, sedap..

jom kita jengah..apa info untuk nenas..
sumber: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Nanas

Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Poales
Famili: Bromeliaceae
Genus: Ananas
Spesies: A. comosus

Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".


Nanas ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok induk atau pangkal buah dan kultur tisu yang dijadikan benih. Burung Madu (Hummingbird) merupakan pendebunga biasa.

Kadar pertumbuhan nanas bergantung kepada kelembapan tanah dan pokoknya selalunya tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk. Oleh itu, pengawalan dan pengurusan air dan rumapi penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik.

Penghasilan komersil nanas boleh didapati di Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan, Brazil, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Mexico, Puerto Rico dan Taipei.

Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.
Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.


Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.


Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapar pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

Tuna Pai



haaa..dah hari rabukan!!! ok kali ni aku nak wat entry wordless wednesday...pilihan menunya adalah 'tuna pai'..nape??? rahsia...

maleh cakap banyak...



nak resipi..tgk belog cik mat gebu ya..

Monday, July 4, 2011

Lompat Tikam Sago



melangkah ke dapur Azlita Masam Manis, hmmm..terpampang kuih sago kegemaran aku..ditambah2 pulak ngan aura puasa hari ni..aduh, tergodanya.. cik ita ni memangnya kreatif..berlapis2 sago tu penuh warna warni..memang memikat n aku pun dah terpikat.

mood aku hari ni..tak berapa nak rajin, jadi..yang aku buat ni adalah versi 'M'..janji aku dapat berbuka puasa ngan sago ni, hahaha..

dulu2 rasanya aku pernah buat 'sago gula melaka' resipi 'chef hanieliza'..yang tu teramat ler senangnya..masak sago, tuang dalam acuan pastu sejukkan..time nak makan hidang dengan air gula melaka, resipi ni pulak..hampir2 n ala2 gitu cuma ditambah dengan layer tepung kat atasnya n dimakan dengan santan yang telah dimasak..bersama2 dengan air gula melaka.

apapun..disebabkan mood 'M' tu..aku just kukus sago tu n layer tepung aku tak buat pun..masak kuah n air gula, kuah tu aku tambah sedikit tepung beras n gula..susu aku tak letak pun..santan sepenuhnya..sorry eek tuan punya resipi.. :). kat sini aku tayang versi penuh resipi yang aku cnp dari belog cik ita..



LOMPAT TIKAM SAGO
By: AlongRoz@HomeKreation

Saiz 9"x12" casserole
Sago
400g Sagu -
Pewarna Merah
Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn).
Kukus 20 min.
Ita guna 300 gm aje sago kerana ita guna loyang 3 segi. Ita guna sago bewarna hijau, pink dan putih.Yg putih tu ita letak pewarna kuning dan rendam hingga kembang. Kemudian ita masak setiap sago secara berasingan dn sedikit air, bila dah jernih ita tambah 50 ml santan dan secubit garam untuk setiap sago yg ita masak.

Lapisan Atas
160g Tepung Beras
200ml peket Santan
800ml Air
1 sb Pes Pandan
1 st Air Kapur
1/2 st Garam
Campurkan kesemua bhn2 lapisan atas sehingga sebati.
Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit.
Tuangkan ke atas lapisan sagu & kukus 20 min.
Sejukkan di suhu bilik & kemudian dlm peti sejuk.

Kuah
200ml peket Santan
250ml Susu Cair Segar
1/4 tsp Garam
Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak).
Sejukkan.
Air Gula
5 tbsp Gula Merah
3 tbsp Gula - ita gantikan dgn gula Melaka
Daun Pandan

Masak gula merah, gula putih, sedikit air (agak pekat) & daun pandan.
Sejukkan.

Hidangkan Lompat Tikam dgn kuah santan & sirap gula merah.

Nasi Lemak


salam...ngantuk je ari ni, malas betul nak meng'up date' entri kat sini..tapikan, kalau tak digagahkan alamat berkulat ler laman ni..

menu ni teramat ler biasa-biasa untuk penduduk Malaysia,tengok gambar pun dah tau.. tapi aku ni masih lagi terkial-kial membuatnya..tak juga jadi yang betul-betul menepati citarasa. tapikan...biasalah, aku ni budak baru belajar...buat apa nak malu...aku tayang je, apa yang aku masak..bagi aku dah ok..layan je..

setelah bertanya pendapat sana sini, jalan-jalan sana sini...akhirnya aku terjumpa satu cara membuat nasi lemak yang bila aku buat...betul-betul jadi nasi lemak... hahaha, ada ke buat nasi lemak jadi nasi dagang?terima kasih tak terhingga buat kak ct naimah, kenalan kat fb...puas hati aku...




Bahan² untuk Nasi Lemak
2 cawan beras Jasmine
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 inci halia
1 camca teh halba
1 ikat daun pandan
1sk garam


Cara²
1. basuh beras, rendam sekejap & toskan airnya
2. masak santan bersama hirisan halia, daun pandan dan halba. jangan lupa letakkan sedikit garam. kacau sket² sehingga mendidih
5. masukkan beras dan kacau rata. setelah airnya kering, kacau rata...tutup dengan daun pisang dan tutup periuk...slowkan apinya sehingga masak
6. hidangkan dengan sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang goreng dan timun.... :)

Nasi Ayam Spesel


menu last day berbuka puasa...alhamdulillah!!!

resipi ni tercipta setelah mencampur adukkan pelbagai petua untuk mendapatkan nasi ayam yang sedap..akhirnya, memang sedappp!!! tak tau nak berterima kasih khusus kepada siapa, tapi untuk semua kawan-kawan yang memberikan petua ni kat group 'MENU APA HARI INI' dan juga Junjs11 Myresipi..jutaan terima kasih, aku suka resipi ni.so inilah hasilnya setelah digodek sana sini...




NASI AYAM
Bahan-bahan ( 6-8 orang )

Untuk rebus
- 1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
- 2 ulas bawang putih
- 2sm halia yg diketuk
- air secukupnya

Rebus ayam bersama-sama halia dan bawang sehingga mendidih dan ayam dah agak empuk, setelah itu angkat ayam dan toskan..

Untuk perap
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar sos tiram
- 1cm halia
- 2 ulas bawang putih
- sedikit kicap cair

Ayam yang ditoskan tadi digaul bersama bahan-bahan di atas dan diperap sekurang-kurangnya 1/2 jam. goreng sehingga garing

Bahan untuk nasi
- 5cwn beras, basuh dan toskan
- 3 sudu besar majeri/planta
- 1cm halia- ditumbuk
- 4 ulas bawang putih -ditumbuk
- 2 ulas bawang merah - ditumbuk
- lemak ayam
- air rebusan ayam tadi secukupnya
- sedikit garam
- daun pandan

panaskan majerin, masukkan lemak ayam dan bahan tumbuk tadi..tumis seketika sehingga naik bau, masukkan beras dan gaul seketika. masukkan air rebusan ayam tadi secukupnya dan masak macam biasa. jangan lupa masukkan garam dan daun pandan.

Bahan sos
5biji cili merah
5 biji cili padi
5 ulas bawang putih
1 biji tomato
1cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
sedikit air
1/2 cawan nenas yang diracik

kisar semua bahan di atas

Untuk sup
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
garam
daun sup yg dihiris.



sedia untuk dihidangkan bersama dengan daun salad sebagai pelengkap hidangan. selamat mencuba.

Sunday, July 3, 2011

Kastard Labu




hmm..dah baca info tentang labu?? banyak juga khasiatnya...jadi resipi yang aku nak tayang kali ni adalah berkaitan dengan labu. dapat labu dari rumah mak tempohari..dah puas digolek ke sana sini oleh tecik aku tu..apa ler aku nak buat ya..

skodeng sana-sini mencari resipi yang menarik, biasanya kalau labu ni masak pengat, sira ataupun buat sayur lemak kuning je..kali ni rasa nak mencari kelainan sket..dah jenuh skodeng jumpa ler pai labu, talam labu, puding kastard labu, cekodok labu dan pelbagai lagi.

yang senang dan menarik tentunya pilihan aku...PUDING KASTARD LABU, bukan apa..tecik aku meragam karang, tak siap ler jawabnya..so pilih yang simple mimple je..

my love pun lama dah request nak makan labu yang dikorek isinya n diisi filling susu kat dalam..dulu2 manalah aku tau nak masak tu..mak tak pernah ajar pun aku masak macam tu..kali ni aku try dan hasilnya, syukur sangat2...sedap tak terkata..makan sejuk2. aku suka yang ni..lain kali leh buat lagi.

jom..kita layan resipi ni ya..lupa nak catit, kat mana aku copy..tp terima kasih ler tuan punya resipi ni..



PUDING KASTARD LABU
1 biji labu - buangkan biji
1 liter susu segar
8 biji telur
2 sb tepung kastard
100gm gula

caranya:
potong labu di bahagian atasnya dan buangkan bijinya. korek isi labu sedikit dan hiris halus
susu, gula, telur dan tepung kastard dikacau sebati. tuangkan adunan ini ke dalam labu yang telah dikorek isinya tadi..
kukus selama 45minit. sejukkan dan simpan dalam peti sejuk..sesuai untuk hidangan pencuci mulut

Labu oh Labu...



sumber: http://www.sihatselalu.com.my/2009/03/labu-kaya-khasiat.html

Labu Kaya Khasiat

Khasiat labu bukan sekadar terletak pada isu buahnya tetapi juga biji, bunga dan daunnya.

Buah ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.

Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga anda mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Helloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya (kuaci) cukup popular dan enak dikudap ketika menonton wayang.


Namun begitu, jarang orang memperkatakan tentang khasiat buah comel berwarna kuning atau hijau kekuningan ini.

Baik Untuk Si Rabun

Biasanya bersaiz bulat, labu merah yang berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.

Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.

Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.

Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

Pelbagai Khasiat Labu

Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.

Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.

Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.

Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda

Delima oh delima..


ntah ngape ler..aku ni pantang tengok buah delima mesti nak beli. tapikan tiap kali dapat je buah delima tu isinya menghampakan..untuk pertama kalinya tahun 2006 my love bawak balik dari oversea buah delima yang mengancam jiwa..isinya yang manis, merah menyala dan besar-besar. puas hati memakannya..

last year,time preggy anak no4..aku teringatkan buah delima, meronta2 jiwa aku terkenangkannya..time tu pulak bkn musimnya. aduh..jenuh mencari, lastly..dapat jugak tp isinya hampeh..mcm makan biji je..pucat lesi kalernya. harga tak usah cerita ler..memang mahal

baru-baru ni, memandangkan mak ngan wan nak g oversea tempat my love beli delima dulu..aku pun mengirimkan pesanan..tolong belikan buah delima (tak sempat pulak nak khabarkan details..)balik2 tu dia..RM20 sekilo, haa..amik kau!!! isi merah tu...tapi, alangkah sedihnya..isinya pun pucat lesi..nasib baik isinya manis..boleh ler..

tak puas hati lagi..time round2 shopping mall, aku terpandang lagi buah ni, tengok pada kulit tu merah cantik je..isinya pun merah gak kot!!! nengok harga sebijik leh dapat sekilo buah salak..aduhh, bercinta aku memikirkan..beli ke tak? alih2..ku bayar jelah..isinya cantik walaupun isinya taklah setebal mana..rasanya kira ok jelah...
kat manalah agaknya aku boleh dapat delima yang menepati pilihan hatiku...


takpelah dik ya..kita makan jelah buah ni.. (adik: anak aku yang no 4, pun minat buah delima..agaknya sebab masa ngandungkan dia hajat x kesampaian.. :))


(INFO NI AKU COPY DARI INTERNET - SCRIBD)



KHASIAT MAKANAN SEJUTA KHASIAT DELIMA Jus Delima Sangat Enak Diminum Buahnya bulat hampir sebesar limau. Berkulit keras, merah, kecokelatan atau
agak ungu. Isibuahnya terdiri dari butiran-butiran merah seperti kristal. Rasanya
manis-manis segar.
Delima (punica granatum) adalah tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Namun ia sudah tersebar di daerah Mediteranian. Kebelakangan ini juga sudah mudah ditemui di Asia Tenggara dan RRC bagian selatan. Tanaman ini mudah

tumbuh di hampir semua iklim, namun suburdi dataran rendah sampai
ketinggian 1.000 m dari paras laut. Walaupun tak terlalu memilih, tapide lim a
boleh tumbuh subur di tanah gembur kering.
Terdapat tiga jenisde lim a, yaitude lim a putih,de lim a merah dande lim a ungu. Namun yang paling dikenal sebagai ubat adalahde lim a merah. Sejak dulu, delima memang sudah dimanfaatkan sebagai makanan yang kadang kadang diolah menjadi minuman segar. Tak jarang pula diolah menjadi ubat penyembuh pelbagai penyakit. Seluruh bahagian tumbuhande lim a ini boleh dimanfaatkan sebagai ubat. Mulai dari kulit kayu, kulit akar, kulit buah, daun, biji dan bunganya. Untuk penggunaan kulit akar, biasanya dikeringkan dahulu. Sementara pengolahan kulit buah boleh digunakan secara segar atau setelah dikeringkan. Khasiat delima ini memang luar biasa banyaknya. Kulit buah digunakan untuk pengubatan sakit perut kerana cacingan, buang air besar mengandung darah
dan lendir (disentri), diarea kronis, perdarahan seperti buasir berdarah, muntah
darah, batuk darah, perdarahan rahim, perdarahan rektum, prolaps rektum,
radang tenggorok, radang telinga, keputihan (leukorea) dan nyeri lambung.
Kulit akar dan kulit kayu digunakan untuk cacingan, terutama cacing pita
(taeniasis), batuk, diarea. Bunga digunakan untuk penyembuhan radang gusi,
perdarahan dan bronkhitis.
Buahnya boleh juga dimanfaatkan suntuk menurun berat badan, cacingan,
sariawan, tenggorokan sakit, suara parau, tekanan darah tinggi , sering kencing,
rematik (artritis), perut kembung. Biji-bijinya juga dipakai sebagai ubat penurun
demam, batuk, keracunan dan cacingan.
Berdasarkan penelitian, kulit akarnya yang banyak menyimpan senyawa-
senyawa alkaloid, antara lain pelletierin. Senyawa ini berguna untuk pengubatan
cacingan. Sementara tumbukan buah atau seduhannya berguna untuk
menghentikan cirit birit atau disentri. Air rebusan bunganya boleh dijadikan
alternatif pereda sakit gigi.
Selain alkaloid, dalam kulit akar, kulit batang dan buah, terkandung zat
penyamak. Zat ini berkhasiat untuk mengecilkan puri-puri, antiseptik dan
hemostatik yang baik untuk keputihan.
Jus buahde lim a pula dipercayai mampu mengurangkan penyakit jantung dan penumpukan lemak. Percubaan sudah dilakukan pada tikus-tikus lab. Selain itu, delima mengandung antioksidan yang luar biasa tinggi. Kerana itu, ia juga boleh dimanfaatkan untuk menangkis serangan radikal bebas. Segelas jus buahde lim a mengandung asam citric, asam malat, glukosa,

fruktosa, maltosa, vitamin A dan C, mineral (kalsium, fosforus, zat besi,
magnesium, natrium dan kalium) dan tanin. Manfaat lain, kerana kandungan
alkaloid pelletierine sangat toksik dan menyebabkan kelumpuhan cacing pita,
cacing gelang dan cacing kremi. Kulit buah dan kulit kayu juga astringen kuat
sehingga digunakan untuk pengubatan diarea.
Membuat jusde lim a sangat mudah. Tinggal belah dan ambil bahagian biji yang
dibungkus daging berselaput. Masukkan isi buah dan biji ini ke dalam juicer atau
alat pembuat jus. Setelah itu tapis dan jusde lim a segar siap diminum. Satu
buahde lim a ukuran sedang boleh menghasilkan setengah gelas jus.
Seandainya Anda ingin menyimpan jus untuk pemakaian jangka panjang, boleh disimpan dengan proses tertentu. Caranya, jus dibekukan dan disimpan dalam wadah kedap udara. Jus boleh disimpan di dalam peti ais dan boleh bertahan sampai beberapa minggu